Sunday, 21 October 2012

Khas untuk Sahabatku..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ni aku nak update pasal sahabat. Sahabat kita ni memang ramai dengan pelbagai watak dan karenah, ada yang kita suka berkawan dan ada juga sampai jadi musuh pun ada tapi bagi aku kalau boleh aku nak berkawan dengan siapa-siapa sahaja walaupun dia pernah buat sakit hati, bikin panas ka, xpalah sebab bukan mudah nak cari rakan yang betul-betul sesuai dengan kita, cukuplah sekadar dapat memahami mereka walaupun kadang-kadang ada yang langsung tidak memahami kita.

Bagi aku, aku lebih suka belajar memahami sahabat, aku akan cuba fahami watak mereka macam mana dan cara berkomunikasi dengan mereka lagi penting sebab ada yang mudah terasa sekiranya kita tidak tahu cara berkomunikasi dengan mereka, kadang-kadang kita ejek sikit dah marah tapi ada juga "anti-psiko" kalau diejek macam mana pun dia tetap suka berkawan dengan kita.


Tapi...kena hati-hati juga sebab mungkin dia suka pada luaran bila diejek tapi didalam hati  mungkin Allah sahaja yang tahu sebab mungkin dia nak kita gembira bersama. Kadang-kadang ada yang cuba memahami kita, perasaan kita sekiranya kita bersedih atau gembira dan ada juga nak mengetahui masalah kita walaupun perkara remeh walaupun dirinya sendiri kita tak pernah tanya pun tentang perasaannya, kita lihat dia gembira tapi sebenarnya dia lebih suka merahsiahkan masalahnya daripada diketahui sebab dia tak mahu kita turut bersedih dengan masalahnya. Sebenarnya orang yang dimaksudkan adalah diriku sendiri sebab aku nak mencontohi sifat nabi Muhammad SAW. Sebab dahulu aku pernah dengar seperti kisah Nabi Muhammad SAW dengan seorang wanita tua yang selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

Oleh itu, walaupun ada yang memusuhi kita, ada yang menyakiti kita, jangan kita membuat hal yang sama walaupun sebenarnya hati kita memang begitu sakit ketika itu dan bersahabatlah dengan baik, jangan kita lebih suka berkawan dengan orang yang kita lebih kenal ataupun yang kita "satu kepala" sahaja, bersahabatlah dengan siapa-siapa pun walaupun dia pernah memusuhi kita. ^_^

Oklah tak payahlah tulis panjang-panjang bukan ada yang baca juga pun hehe #ForeverAlone

Thursday, 31 May 2012

Jiwa yang begelora

Memang sudah menjadi lumrah menjadi seorang remaja, kita mempunyai banyak keinginan terhadap sesuatu yang kadangkala tidak dapat dipenuhi kerana terhalang oleh batas kewangan, agama mahupun budaya. kebanyakan kita memikirkan fizikal mereka seperti orang dewasa dan meniru bertindak seperti orang dewasa. Lebih-lebih lagi apabila menginginkan sesuatu benda berharga namun tidak mampu dimiliki..

Besabarlah, memang begitulah dugaannya menjadi remaja, memang kalau kita lihat rakan kita yang berkemampuan mungkin kita rasa "wah bestnya kalau aku jadi orang yang kaya dan berada macam mereka".. tapi bersyukurlah.. mungkin  rezeki mereka dahulu sampai berbanding kita.. ada hikmah sebenarnya jika kehidupan kita lebih susah berbanding kawan kita yang lain. Tuhan itu maha adil, mungkin dia nak uji kita dahulu bagaimana kita nak mencapai sesuatu perkara.

Kawan aku pernah beritahu.. "kau akan berasa puas bila kau dapat sesuatu benda yang berharga dengan hasil titik peluh kau sendiri berbanding mendapatkannya hasil daripada orang lain" YA! memang benar apa yang dia cakap..selama ini memang aku bergantung harap dengan kedua ibubapa aku..kadang-kadang aku rasa kecewa juga apabila menginginkan sesuatu benda namun tidak mampu dimiliki..tetapi cubalah kamu ditempat mereka..tanggungjawab ibubapa bukan senang, kadang-kadang ibubapa terpaksa berjaga malam hanyalah kerana kita.

Masa aku menjalani latihan industri dahulu aku ditempatkan disebuah kilang kelapa sawit kebetulan bapa aku kerja disitu juga sebagai seorang operator..aku sering melihat bapa aku kerja..Disitulah baru la aku sedar betapa susahnya bapa aku mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga..aku yang selama ini sering memberontak jika ingin sesuatu tetapi tidak diberi, tidak pernah pun aku fikir tentang itu..DAD you are my hero!

Jadi janganlah sering menyalahkan kedua ibubapa apabila kita tidak dapat sesuatu perkara..mungkin belum tiba masanya lagi untuk kita memilikinya..apa yang kita perlu lakukan adalah bersabar dan berdoa untuk kedua bapa kita dan semoga suatu masa nanti kita akan dapat juga memilikinya sebab Tuhan itu sangat suka dengan hambanya yang sering bersabar dan berdoa..ingat bersabar itu sebahagian daripada Iman .. Amin..^_^




Wednesday, 30 May 2012

Senyumlah Wahai Hati Yang Bersedih..^_^




Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

Sunday, 4 March 2012

Antara Pengorbanan Dan Cita-cita

Aku Sekarang masih menuntut kat Politeknik Kota Kinabalu dlm Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Sem ini mungkin insyAllah sem last dah aku kat sini iaitu sem 6.. Sem ini lar aku rasa huru-hara dan kelam kabut sebab mana nak fkir study memandangkan subjek yg last nie aku ambil mang killer2 dengan projek akhir lagi yang entah jadi @ tidak tp mudah-mudahan jadilah projek tu InsyaAllah.

Itu baru satu hal, ini lagi nak mohon UPU entah Aku bingung mana satu nak isi kat U mana Aku nak apply.. Dah lar Course lain-lain.. Aku memang ada niat juga nak sambung U tapi layakka juga aku ni??
Dah lar pointer sekadar okay jak.. dah lar tu.. yuran pengajian + kos sara hidup kat U memang tinggi lar.. Aku ni pun bukan dari keluarga yang berkemampuan sedangkan hutang ptptn pun belum tentu aku boleh bayar.. Fuhh!!

Setiap hari aku berfikir tercapai ka juga cita-cita aku ni nak jadi Engineer?? setakat Diploma memang jauh lar mesti mau sambung study juga.. Bapa aku selalu pesan "Bapa ni Nak mampu dorong kau sahaja, yang lain semuanya terletak di tanganmu"...pesanan tu lar yang menjadi pembakar semangat aku sampai sekarang..dah lar aku ini anak sulung, Bapa aku pula tak lama lagi pencen.. Adik-adik aku pun masih juga seperti aku masih menuntut..kalau boleh aku nak kerja sudah sebab kesian dah aku tengok Bapa dan Mak aku kerja tungkus-lumus membesarkan kami.. kadang-kadang aku nak menangis tengok adik lelaki aku asyik-asyik kena marah sebab tak menolong Bapa aku buat kerja kat kebun sepatutnya aku yang buat kerja tu bukan adik aku..tapi apakan daya aku terpaksa juga merantau jauh dari keluarga melanjutkan pelajaran..

Kat Politeknik pulak banyak dah dugaan aku terima selama 5 sem disini, hidup aku seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. terlalu banyak cabaran yang aku alami kat sini..sekarang aku terpaksa menyewa rumah kat luar dari kampus sebab tak layak tinggal asrama..kos sara hidup pun memang tinggi lar sebab tinggal kat luar..makan dan minum pun terpaksa tanggung sendiri menggunakan duit Ptptn..itupun belum taw lagi cukup ka tidak..kadang-kadang aku rasa cemburu juga bila tengok kawan-kawan lain yang loaded mampu beli barangan yang berjenama, gadget yang canggih ada kenderaan pulang balik dan bebas kemana-mana.. tapi apakan daya sabar jak lar dulu.. aku terpaksa lupakan itu semua sebab matlamat aku kat sini bukan itu semua.. tapi nak segulung Diploma yang aku dan keluargaku idam-idamkan selama ini...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Aku Memohon Padamu Ya Allah Agar Pemudahkanlah Segala Urusan DuniaMU Ini Ya Allah Agar Semuanya Berjalan Dengan Lancar Seperti yang Dirancang.. Amin Ya Rabbal Alamin"


Tuesday, 13 December 2011

Simple & Creative...



















Sunday, 11 December 2011

My Secret Note: Something About My Practical place..

My Industry Scope...



2.1       Pengenalan

Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang latihan adalah penting untuk mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pelatih sepanjang menjalani latihan industri. Oleh itu, segala kerja yang telah dilaksanakan perlu di rekodkan.

2.2       Perancangan Jadual Gerak Kerja

Perancangan jadual gerak kerja ini adalah mengikut ketetapan daripada pihak Borneo Samudera Sdn. Bhd  sendiri.  Segala perancangan telah diatur mengikut tempoh latihan pelatih yang menjalani Latihan Industri. Pelatih akan diletakkan dibawah pengawasan staf organisasi ini mengikut kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan sendiri oleh pihak Jabatan mengikut jadual yang telah dibuat.

Isnin
07.00 pagi
12.00 tgh-01.00ptg
03.00 ptg
Selasa
07.00 pagi
12.00 tgh-01.00ptg
03.00 ptg
Rabu
07.00 pagi
12.00 ptg-01.00ptg
03.00 ptg
Khamis
07.00 pagi
12.00 tgh-01.00ptg
03.00 ptg
Jumaat
07.00 pagi
11.30 pg-01.30ptg
03.00 ptg
Sabtu
07.00 pagi
09.00pg-10.00 pg
12.00 tgh

Jadual 2.1 jadual waktu perkerja kilang Apas Balung


2.3       Skop Kerja

Kerja-kerja yang dilakukan di dalam kilang ini dibahagikan kepada beberapa syeksen antaranya:

        i.            Stesen 1 (Grading dan sterilizer)      
      ii.            Stesen 2 (  Auto feeder, thrasher, digester dan press)
    iii.            Stesen 3 (Deprecation, NPD, blower)
    iv.            Stesen 4 ( Bilik minyak, rawatan sisa buangan, rawatan air), bahagian ini tidak termasuk dalam kajian proses peghasilan minyak, tetapi berfungsi unutk mengelakkan pembaziran dengan melakukan kitar semula.
      v.            Stesen 5 (Kernal Plant)

2.3.1    Grading

            Di stesen ini buah sawit yang baru dituai akan dikumpulkan. Buah sawit ini dibawa dengan menggunakan lori yang disewa khas untuk proses pengankutan buah ini. Disini adalah tempat utama untuk mendapatkan perahan minyak yang baik. Hal ini kerana, buah sawit akan diasingkan mengikut mutu buah. Buah sawit yang tidak menepati piawai akan diasingkan dan akan dikembalikan kepada pemilik buah asal, ini kerana jika buah yang tidak baik di ambil, boleh mengakibatkan penghasilan minyak tidak menepati piawai yang dikehendaki. Antara cici-ciri buah yang tidak diterima adalah buah yang kurang masak, tankai tandan panjang, buah sudah busuk, dan sebagainya. Seorang daripada pemeriksa akan menggred tandan buah kelapa sawit kali kedua bagi memastikan buah digred dengan betul serta mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Pengred juga membuat cut test untuk mengenalpasti kategori tandan untuk tujuan pembandingan.

Pemeriksa jug mengambilkira jumlah buah dan purata buah. Pada masa yang sama, pengred juga akan mengupul semua biji lerai dari tandan dengan menggunakan kereta sorong, biji lerai akan dikenalpasti kualitinya mengikut ketegori berikut:
        i.            Biji besar.
      ii.            Biji lama.
    iii.            Biji buruk.


2.3.2    
Strilizer (pengukus)

Kilang ini mempunyai empat buah sterilizer yang berbentuk bulat seperti bola. Setiap sterilizer dapat memask buah tandan segar sebanyak 25 tan sekali masak. Buah tandan segar ini dihantar menggunakan conveyor FFB( fresh friut bunch) daripada bahagian pengumpulan buah sawit (Loading Ramp). Rajah 2.2 menujukkan sperichal strilizer yang digunakan di kilang ini.

 Rajah 2.2       Spherical sterilizer 






2.3.3    Fungsi Sterilizer (pengukus)


Strilizer ini berfungsi untuk:
        i.            Menghapuskan enzim-enzim dalam buah.
      ii.            Menghidratkan tandan sawit bagi memudahkan proses peleraian.
    iii.            Melembutkan pericarp supaya mudah dipisahkan didalam digester.
    iv.            Memudahkan nut dipecahkan



2.3.4    Keperluan Sterilizer

2.3.4.1 Pembuangan udara

Udara merupakan konduktor haba yang tidak baik, dengan adanya udara maka haba dari stim tidak dapat berpidah untuk memasak buah secara keseluruhan.Selain iti, pembuangan udara adalah untuk mengurangkan pengiksidaan kepada minyak, kerana minyak yang teroksida sukar untuk dibuang warna dalam peroses pelenturan.Prose ini juga dapat mugurangkan tekanan stim dan suhu lebih kepada lebih randah daripada asal.




2.3.4.2 Pembuangan condensate sterilizer

Sekiraya condensate tidak dibuang ia akan menyebabkan air bertakung didalam sterilizer serta membolehkan minyak minyak hilang dari permukaan buah sawit.ini akan menyebabkan pengkukusan tidak sempuna.dan memberhayakan operator semasa membuka pintu serilizer.Rajah 2.3 menunjukkan condensate sterilizer di kilang ini.

Rajah 2.3        Sistem condance strilizer

2.3.4.4 Maintenance Sterilizer

Kerja-kerja menservis bahagian ini dilakukan setipa awal bulan selama beberapa hari. Diantara keja yang dilakukan semasa menservis strilizer ini ialah:
        i.            Membersihkan kawasan sterilizer
      ii.            Bersihkan bahagian dalam sterilizer dari segala tandan dan biji yang tidak dikehendaki.
    iii.            Pastikan semua gasket pintu sterilizer dalam keadaan baik.
    iv.            Memastikan komponan-komponan sterilizer seperti steam exhaust valve, steam inlet valve dan condensate drain valve dalam keadaan baik dan dapat berfungsi dengan baik.

2.3.4.5 Kesan Pengukukusan yang tidak sempurna

Kesan daripada pengukusan yang tidak sempurna akan menyebabkan beberapa keburukan antanya ialah:
        i.            Kehilangan minyak dan karnel pada biji kerana melekat pada tandan kosong.
      ii.            Sel-sel minyak tidak pecah, menyebabkan minyak hilang pada kadar yang tinggi.
    iii.            Tekanan press yang tinggi menyebabkan jumlah karnel yang pecah adalah tinggi.
    iv.            Kehilangan minyak yang banyak pada nuts disebabkan pemisah firbe/nut pada digester tidak berkesan.



2.4       Stesen 2 ( Auto feeder,  trasher, digestor, dan prees)

2.4.1    Auto feeder

Auto feeder digunakan sebagai tempat pengumpulan sementara bagi buah sawit yang telah masak yang dihantar menggunakan conveyor SFB (strilizer friut bunch) sebelum ke trasher drum untuk pengasingan biji awti dan tandan.

Rajah 2.4.Auto feeder
Terdapat batang penolak yang akan menolak buah dan tandan sawit secara pelahan-lahan mengikut kelajuan yang telah ditetapkan supaya trasher drum dapat beroperasi dengan baik.Rajah 2. 4 menunjukkan gambarajah sebenar Auto feeder.



 2.4.2   Threser

Thresher yang digunakan di kilang ini berbentuk silinder, dan mempunyai jaring penapis yang dapat mengasingkan biji sawit daripada tandan menyerap minyak semasa penkukusan dan pelerai. Biji sawit akan dihantar ke digestor menggunakan scope conveyor yang akan bergerak ke atas. Halaju penghantar (conveyor) ini adalah sekata pada semua penghatar ini kerana jika halaju tidak sekata ini akan menyebabkan berlakunya  lebih muatan ataupun dipanggil overflow. Ini mengakibatkan biji sawit akan terkeluar daripada corong yang disediakan dan akan merugikan proses pengeluaran.

Terdapat dua jenis trasher drum yang digunakan di dalam proses ini iaitu Beater arm stripper t/p rendah dan Rotary drum stripper t/p tinggi. Perbezaan diantara kedua-dua drum ini adalah tekanan yang mampu ditampung bagi setiap kali proses dilakukan. Rajah 2.4 menujukkan gasbaan sebenar trasher drum yang sedang berpusing dengan kelajuan yang sekata sambil megasingkan biji dan tandan sawit.

Rajah 2.4 trasher drum yang berbentuk silider

Trasher drum ini diperbuat daripada keluli tahan karat (stailless steel) kerana ketahanan dan kekuatan yang baik bagi menampung proses peleraian ini. Gambarajah 2.5 menunjukkan bahagian dalam trasher drum yang mempunyai jaring bagi mengasingkan tandan dan biji sawit.

Rajah 2.5 Bahagian dalam Trasher drum


2.4.3    Penghancur (Digester)

Rajah 2.5        Digester / Penghacur

Rajah 2.5 menunjukkan gambaran sebenar digestor/penghancur yang digunakan di kilang ini. Bahagian dalam digestor ini mengadungi bilah-bilah yang berfungsi untuk menghancurkan biji-biji sawit yang telah melalui proses memasak. Bilah-bilah ini berputar dengan kelajuan yang perlahan bagi memastikan biji sawit ini dapat dihancurkan dengan sepenuhnya. Bilah-bilah ini berputar dengan menggunakan kuasa motor yang disambungkan bengan menggunakan tali sawat. Pada bahagian luar penghancur ini dibaluti penebat yang berfungsi mengawal suhu stim (yang masuk Penebat yang digunakan ialah gentian fiber yang dapat membantu mengekalkan kualiti semasa proses dijalankan. Selain ini pengunaan kepingan aluminium ini juga dapat mengekalkan kebersihan pada penghancur ini.

Pemecahan sel buah yang mengandungi minyak dari ‘mesokarpa’ iaitu komposisinya akan berlaku dengan bantuan bilah pemisah. Kadar pemecahan sel juga dibantu oleh stim dimana nilai stim yang dibekalkan ialah 90°C – 95°C. Minyak harus dialirkan melalui ‘bottom plate/chut’, lubang kecil sebelum proses pemerahan atau tingkatkan kecekapan pemerahan.Ia juga dapat memastikan semua lubang tidak tersumbat semasa proses dijalankan.



2.4.4    (Press / pemampat sabut)    

Pada bahagian ini proses pemerahan biji sawit untuk mendapatkan minyak. Pada bahagain dalam pemampat ini mempunayi 2 buah skru yang besar bertujaun untuk memampatkan sabut yang turun daripada digestor. Mesin ini menghasilkan minyak dalam fibre (8.5 – 10.5%) Non Oil Solids (NOS). Selain itu, mesin ini juga mengekstrakkan minyak dengan kadar terbaik bergantung kepada worm screw dan press cage.

            Worm screw digunakan untuk memampatkan campuaran sabut dan nut dengan cara memusingkanya dengan menggunakan motor berkuasa besar manakala press cage digunakan untuk mengasingkan minyak yang diperah daripada sabut.

Sabut dan nut kemudiannya akan melalui cake breaker conveyor (CBC) untuk proses pengasingan. Suhu yang optima semasa pemerahan dijalankan adalah 90°C + 5°C dan paras yang sesuai sebelum pemerah dijalankanalah ¾ kandungan pencerna. Mesin pemampat ini mempunyai kapasiti 15 tan/jam dan mampu memproses buah sbanyak 5 tan dalam masa 1 jam. Worm screw dan press cage pada mesin ini mampu beroprasi dengan baik selama 800 jam bagi memaximakan perahan minyak. Rajah 2.6 menunjukkan mesin press yang digunakan di kilang ini.
 
Rajah 2.6        Press

Minyak yang telah diperah akan di hantar ke mesin penapis swico rajah 2.7, yang berfungsi mengasingkan minyak dengan sabut yang halus melalui paip keluli tahan karat



                                  
\

2.7       Gambarajah Sweco



            Mesin swieco rajah 2.7 ini,  merupakan tempat minyak sawit mentah ditapis daripada pelbagai bendasing untuk meningkatkan kualiti minyak. Antara bendasing yang bersama minyak ialah :

      i.        Air.
     ii.        Lumpur.
    iii.        Pepejal (fibred).
   iv.        Pasir.

Mesin ini berfungsi untuk menapis bendasing daripada minyak mentah. Mempunyai reka bentuk seperti jaring bagi memudahkan proses pemisahan pepejal (fibred) dan minyak. Suhu adalah diperlukan untuk mengelakkan minyak berkumpul dan menjadi pepejal yang akan memberi kesan pada proses seterusnya, suhu yang diperlukan pada bahagian ini ialah 90°C – 95°C.



2.5       Stesen 3 (Depericarping Station)

Stesen ini merupakan tempat dimana sabut dan nut diasingkan. Peringkat pengasingan ini dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut mesin. Pengasingan fibre dan nut dilakukan pada mesin depericaper. Fibre yang diasingkan di depericaper akan di hantar ke fibre cyclone sebelum di hantar ke boiler untuk tujuan pembakaran. Nut pula akan akan dihantar ke nut polsing drum, kemudian ke nut incline conveyor untuk dihantar ke nuts silo.

2.5.1    Depericaping Station

2.5.1.1 Depercaper

Depercaper merupakan alat yang berfungsi untuk memisahkan sabut dengan nut menggunakan air lock. Mesin ini akan menarik benda yang ringan iaitu fibre ke fibre cyclone. Manakala benda berat seperti batu dan besi yang bercampur dengan nut akan jatuh ke nuts polishing drum. Sabut dihantar terus ke boiler untuk proses pembakaran. Gambarajah 2.9 munujukkan sabut yang ringan akan  naik ke atas manakala nut, batu dan serpihan sabut yang berat akan jatuh ke bahagian bawah.







Rajah 2.9        Sabut Dan Nut Diasingkan

Nut polishign drum digunakan untuk mengasingkan nut, serpihan sabut dan batu, dimanan batu dan serpihan sabut kecil tidak diperlukan dalam proses seterusnya. NPT ini berfungsi dengan memusingkan drum secara selarai dimana nut, sabut dan batu ini akan ditolak sedikit bemi sedikit sehingga ke hujung drum, nut akan jatuh ke bawah melalui jaring-jaring yang bersaiz lebih kurang sebesar 1 biji nut. Serpihan sabut dan baut akan terkeluar kerana saiznya yang lebih besar daripada nut. Rajah 2.10 menunjukkan NPD yang digunakan.

Rajah 2.10      NPD (Nuts poishing drum)

Sebelum NPD memulakan proses, pemeriksaan khusus dijalankan bagi mengelakkan berlakunya ketidak seimbangan dalam kerja. Diantara langkah-langkah yang patut diambil sebelum NPD digunkan ialah:

        i.            Memastikan semua roller NPD berada dalam keadaan yang baik.
      ii.            Memastikan rantai dan gear dapat beroperasi dengan baik.
    iii.            Hendaklah memastikan minyak motor mencapai had yang ditetapkan.
    iv.            Pembersihan juga penting bagi memastikan kelancaran proses.

Sabut akan dihantar terus ke boiler untuk proses pembakaran manakala cengkerng akan dihantar ke bahagian seterusnya bagi tujuan pemecahan untuk mendapatkan kernal. Kernal berwarna keputih-putihan, digunakan untuk menjadi bahan mentah untuk dijadikan produk yang berkaitan.



2.5       Stesen 5 (Kernal plant)

2.5.1    Pendahuluan

Kernel plant merupakan suatu tempat yang penting dalam kilang.hal ini kerana dibahagian inilah hasil dari pemprosesan kilang kelihatan. Antara hasil pemprosesan dibahagian ini adalah:
                                i.            PK – Produk hasil kilang
                              ii.            Fiber – bahan bakar untuk dandang
                            iii.            Shell – bahan bakar untuk dandang

2.5.2    Cake Breaker Conveyor

Selepas melalui press, nust dan fibre akan melalui CBC. CBC akan membawa nut dan fibre terus ke depericarper untuk pengasingan nuts dan fibre. Dengan menggunakan ribben yang lebih besar dan putaran motor yang lebih kuat mampu membawa nuts dan fibre yang banyak mengikut kesesuaian CBC. Antara kebaikan CBC ialah :-

        i.            Dapat menggurangkan sengaraan
      ii.            Pengasingan sabut dan biji lebih bersih dan sempurna dengan kehilangan biji kurang daripada 1%
    iii.            Sengaraan conveyor adalah dari platform stesen pemerahan



2.5.3    Destoner Air lock

Semasa nut berada didestoner column, nuts akan masuk kedalam airlock dan secara perlahan-lahan jatuh ke top cross conveyor dan seterusnya ke inclined conveyor sebelum masuk ke nut silo. Tujuan sebenar airlock dipasang adalah untuk mengelakkan masalah sumbat yang berlaku.



2.5.4    Nut Silo

Merupakan tempat penyimpanan atau pengumpulan nuts sebelum dipecahkan oleh Ripple mill. Nut silo tidak memerlukan heater atau fan. Pada bahagian hopper terdapat satu plat yang boleh dilaraskan untuk menurunkan nut . Bahagian ini adalah penting kerana disinilah penurunan nut dilakuan.

Nuts silo ini berbentuk segi empat dan terbahagi kepada dua bahagian, setiap bahagian mampu menampung 20 tan matrik nuts. Rajah 2.11 menunjukkan gambaran sebenar nuts silo tank

Rajah 2.11      Nuts Silo Tank



2.5.5    Nut Craker/Ripple Mill

Semasa di nuts silo, nut akan masuk ke ripple mill maka berlakulah pemecahan nut bertujuan untuk memisahkan shell dan kernel. Proses pemecahan ini dilakukan oleh rotor rode yang berputar didalam ripple mill dan knife adge pada ripple plat mill. Rajah 2.8 menujukkan Nut cracker/ ripper mill.



2.5.5.1 Kecekapan Ripple Mill

Kecekapan Ripple Mill harus dititikberatkan antaranya ialah:
        i.            Perlu disetkan mengikut saiz biji supaya craking Efficiency antara 95% - 98%.
      ii.            Jarak diantara rod perlu dikaji mengikut kesesuaian saiz rod.
    iii.            Jumlah penghantaran tidak melebihi 30 tan/jam
    iv.            Sampling point yang selamat bagi setiap ripple mill untuk mengkaji kecekapan pemecahan

2.5.5.2 Masalah yang berlaku di Ripple Mill

Diantara masalah yang sering berlaku di bahagian ini ialah:
        i.            Kecekapan ripple Mill kurang
      ii.            Banyak kernel pecah
    iii.            Nut tidak pecah



2.5.5.4 Cara mengatasi

Untuk mengatasi masalah ini, beberapa langkah boleh diambil antaranya ialah:
        i.            Melaraskan jauhkan sdikit jarak antara ripple plat dengan rotor rod (Jarak ripple plat dengan rotor rod dekat).
      ii.            Melaras dekatkan jarak antara ripple mill plat dengan rotor rod ( jarak ripple plat dengan rotor rod terlalu jauh)
    iii.            Kecekapan ripple mill hendaklah 98% -98%



2.5.5.5 Creacked Mixture Conveyor

Berfungsi untuk menghantar cracked mixture ke cracked mixture conveyor.
Tempat pengambilan sample terutama untuk menguji  kecekapan ripple mill staping Efficiency

2.5.5.6 Cracked Mixture Elevator

Berfungsi untuk menghantar cracker mixture ke cracked mixture winnowing sistem.
Kecekapan cracked mixture winnowing fan juga diuji untuk mengetahui kecekapan menarik Dry shell.

2.5.5.7 Cracked Mixture Winnowing Fan

Tujuan utama Cracked Mixture Winnowing Fan ialah membawa shell dan kernel ke hydrocyclone dan serpihan shell yang kecil iaitu shell kering akan ditarik menggunakan sistem fan dan dibawa ke shell cyclone untuk menjadi bahan bakar boiler.



2.6       Hydrocyclone

2.6.1    Pengenalan

            Dari cracked mixture winnowing fan, shell akan jatuh ke hydrocyclone. Disini berlakunya proses pembersihan dan pengasingan kernel dan shell yang mempunyai ketumpatan yang berlainan (menggunakan air). Kernel (berat) akan tengelam kebawah dan akan dipam menggunakan kernel pam manakala shell (ringan) akan naik ke atas dan masuk ke cyclone yang kedua menerusi lubang yang terdapat dalam cyclone shell, dan akan dipam menggunakan shell pam.

2.6.2    Operasi

Proses ini dijalankan serentak dengan proses-proses yang lain iaitu:
        i.            Jalankan hydrocyclone iaitu pam shell dan pam kernel
      ii.            Jalankan cracked mixture conveyor
    iii.            Jalankan cracked mixture elevetor
     iv.            Jalankan ripple mill
      v.            Air perlu ditambah dari masa kesemasa agar paras air dalam hydrocyclone adalah mencukupi
    vi.            Keadaan pam hendaklah di ambil tahu dengan memastikan tekanan adalah bersesuaian dengan pam shell dan kernel
  vii.            Vortex (dewatering kernel screnn dan dewatering shell screen) perlu dilaraskan agar kehilangan kernel dikawal pada had yang ditetapkan.

2.6.3    Sengaraan Hydrocyclone

Penyelengaraan hydrocyclone ini dibuat semasa proses general servis iaitu setiap awal bulan, antara kerja-kerja yang dilakukan ialah:
        i.            Air perlu diganti dengan mengosongkan hydrocyclone apabila air terlalu keruh.
      ii.            Cyclone shell dan kernel hendaklah di cuci daripada sisa fiber dan shell yang masih melekat.
    iii.            Kesemua kernel yang keluar semasa draining hendaklah dikitar semula
2.7       Kernel Vibrating Screen (Wet Kernel)



2.7.1    Pendahuluan

Merupakan alat untuk memisahkan kernel dan shell yang dilakukan oleh Vortex. Antara komponan yang digunakan ialah:

        i.            Spring coil
      ii.            Pulley
    iii.            Motor
     iv.            Mesh screen
       v.            Vortex

2.8       Kernel Silo

2.8.1    Fungsi

Kernal silo ini berfungsi sebagai:

        i.            Mengeringkan kernel setelah melalui kernel vibrating screen (wet Kernel)
      ii.            Kernel dikeringkan agar kandungan air tidak melebihi 7% kerana :
    iii.            Kernel yang basah cepat berkulat
    iv.            Kandungan asid FFA akan meningkat dengan cepat
      v.            Proses pengeringan dijalankan didalam sebuah silo  menggunakan udara panas melalui tiub yang disalurkan melalui kipas pemanas.
    vi.            Masa pengeringan adalah selama 14 hingga 16 jam



2.8.2    Permulaan proses

Bagi memulakan proses ini, langkah-langkah berikut patut dipatuhi, antaranya:

        i.            Buka injap stim kepemanas (heater) silo.
      ii.            Buka injap perangkap stim bagi melepaskan peluwap yang bertakung
    iii.            Hidupkan kipas silo isirong
    iv.            Hidupkan kernel elevetor ke silo isirong yang belum penuh
      v.            Memastikan silo yang hendak digunakan pada hari tersebut adalah penuh.         





Anda Pelawat Ke

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants