Sunday, 21 October 2012

Khas untuk Sahabatku..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ni aku nak update pasal sahabat. Sahabat kita ni memang ramai dengan pelbagai watak dan karenah, ada yang kita suka berkawan dan ada juga sampai jadi musuh pun ada tapi bagi aku kalau boleh aku nak berkawan dengan siapa-siapa sahaja walaupun dia pernah buat sakit hati, bikin panas ka, xpalah sebab bukan mudah nak cari rakan yang betul-betul sesuai dengan kita, cukuplah sekadar dapat memahami mereka walaupun kadang-kadang ada yang langsung tidak memahami kita.

Bagi aku, aku lebih suka belajar memahami sahabat, aku akan cuba fahami watak mereka macam mana dan cara berkomunikasi dengan mereka lagi penting sebab ada yang mudah terasa sekiranya kita tidak tahu cara berkomunikasi dengan mereka, kadang-kadang kita ejek sikit dah marah tapi ada juga "anti-psiko" kalau diejek macam mana pun dia tetap suka berkawan dengan kita.


Tapi...kena hati-hati juga sebab mungkin dia suka pada luaran bila diejek tapi didalam hati  mungkin Allah sahaja yang tahu sebab mungkin dia nak kita gembira bersama. Kadang-kadang ada yang cuba memahami kita, perasaan kita sekiranya kita bersedih atau gembira dan ada juga nak mengetahui masalah kita walaupun perkara remeh walaupun dirinya sendiri kita tak pernah tanya pun tentang perasaannya, kita lihat dia gembira tapi sebenarnya dia lebih suka merahsiahkan masalahnya daripada diketahui sebab dia tak mahu kita turut bersedih dengan masalahnya. Sebenarnya orang yang dimaksudkan adalah diriku sendiri sebab aku nak mencontohi sifat nabi Muhammad SAW. Sebab dahulu aku pernah dengar seperti kisah Nabi Muhammad SAW dengan seorang wanita tua yang selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

Oleh itu, walaupun ada yang memusuhi kita, ada yang menyakiti kita, jangan kita membuat hal yang sama walaupun sebenarnya hati kita memang begitu sakit ketika itu dan bersahabatlah dengan baik, jangan kita lebih suka berkawan dengan orang yang kita lebih kenal ataupun yang kita "satu kepala" sahaja, bersahabatlah dengan siapa-siapa pun walaupun dia pernah memusuhi kita. ^_^

Oklah tak payahlah tulis panjang-panjang bukan ada yang baca juga pun hehe #ForeverAlone

Thursday, 31 May 2012

Jiwa yang begelora

Memang sudah menjadi lumrah menjadi seorang remaja, kita mempunyai banyak keinginan terhadap sesuatu yang kadangkala tidak dapat dipenuhi kerana terhalang oleh batas kewangan, agama mahupun budaya. kebanyakan kita memikirkan fizikal mereka seperti orang dewasa dan meniru bertindak seperti orang dewasa. Lebih-lebih lagi apabila menginginkan sesuatu benda berharga namun tidak mampu dimiliki..

Besabarlah, memang begitulah dugaannya menjadi remaja, memang kalau kita lihat rakan kita yang berkemampuan mungkin kita rasa "wah bestnya kalau aku jadi orang yang kaya dan berada macam mereka".. tapi bersyukurlah.. mungkin  rezeki mereka dahulu sampai berbanding kita.. ada hikmah sebenarnya jika kehidupan kita lebih susah berbanding kawan kita yang lain. Tuhan itu maha adil, mungkin dia nak uji kita dahulu bagaimana kita nak mencapai sesuatu perkara.

Kawan aku pernah beritahu.. "kau akan berasa puas bila kau dapat sesuatu benda yang berharga dengan hasil titik peluh kau sendiri berbanding mendapatkannya hasil daripada orang lain" YA! memang benar apa yang dia cakap..selama ini memang aku bergantung harap dengan kedua ibubapa aku..kadang-kadang aku rasa kecewa juga apabila menginginkan sesuatu benda namun tidak mampu dimiliki..tetapi cubalah kamu ditempat mereka..tanggungjawab ibubapa bukan senang, kadang-kadang ibubapa terpaksa berjaga malam hanyalah kerana kita.

Masa aku menjalani latihan industri dahulu aku ditempatkan disebuah kilang kelapa sawit kebetulan bapa aku kerja disitu juga sebagai seorang operator..aku sering melihat bapa aku kerja..Disitulah baru la aku sedar betapa susahnya bapa aku mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga..aku yang selama ini sering memberontak jika ingin sesuatu tetapi tidak diberi, tidak pernah pun aku fikir tentang itu..DAD you are my hero!

Jadi janganlah sering menyalahkan kedua ibubapa apabila kita tidak dapat sesuatu perkara..mungkin belum tiba masanya lagi untuk kita memilikinya..apa yang kita perlu lakukan adalah bersabar dan berdoa untuk kedua bapa kita dan semoga suatu masa nanti kita akan dapat juga memilikinya sebab Tuhan itu sangat suka dengan hambanya yang sering bersabar dan berdoa..ingat bersabar itu sebahagian daripada Iman .. Amin..^_^




Wednesday, 30 May 2012

Senyumlah Wahai Hati Yang Bersedih..^_^




Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

Sunday, 4 March 2012

Antara Pengorbanan Dan Cita-cita

Aku Sekarang masih menuntut kat Politeknik Kota Kinabalu dlm Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Sem ini mungkin insyAllah sem last dah aku kat sini iaitu sem 6.. Sem ini lar aku rasa huru-hara dan kelam kabut sebab mana nak fkir study memandangkan subjek yg last nie aku ambil mang killer2 dengan projek akhir lagi yang entah jadi @ tidak tp mudah-mudahan jadilah projek tu InsyaAllah.

Itu baru satu hal, ini lagi nak mohon UPU entah Aku bingung mana satu nak isi kat U mana Aku nak apply.. Dah lar Course lain-lain.. Aku memang ada niat juga nak sambung U tapi layakka juga aku ni??
Dah lar pointer sekadar okay jak.. dah lar tu.. yuran pengajian + kos sara hidup kat U memang tinggi lar.. Aku ni pun bukan dari keluarga yang berkemampuan sedangkan hutang ptptn pun belum tentu aku boleh bayar.. Fuhh!!

Setiap hari aku berfikir tercapai ka juga cita-cita aku ni nak jadi Engineer?? setakat Diploma memang jauh lar mesti mau sambung study juga.. Bapa aku selalu pesan "Bapa ni Nak mampu dorong kau sahaja, yang lain semuanya terletak di tanganmu"...pesanan tu lar yang menjadi pembakar semangat aku sampai sekarang..dah lar aku ini anak sulung, Bapa aku pula tak lama lagi pencen.. Adik-adik aku pun masih juga seperti aku masih menuntut..kalau boleh aku nak kerja sudah sebab kesian dah aku tengok Bapa dan Mak aku kerja tungkus-lumus membesarkan kami.. kadang-kadang aku nak menangis tengok adik lelaki aku asyik-asyik kena marah sebab tak menolong Bapa aku buat kerja kat kebun sepatutnya aku yang buat kerja tu bukan adik aku..tapi apakan daya aku terpaksa juga merantau jauh dari keluarga melanjutkan pelajaran..

Kat Politeknik pulak banyak dah dugaan aku terima selama 5 sem disini, hidup aku seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. terlalu banyak cabaran yang aku alami kat sini..sekarang aku terpaksa menyewa rumah kat luar dari kampus sebab tak layak tinggal asrama..kos sara hidup pun memang tinggi lar sebab tinggal kat luar..makan dan minum pun terpaksa tanggung sendiri menggunakan duit Ptptn..itupun belum taw lagi cukup ka tidak..kadang-kadang aku rasa cemburu juga bila tengok kawan-kawan lain yang loaded mampu beli barangan yang berjenama, gadget yang canggih ada kenderaan pulang balik dan bebas kemana-mana.. tapi apakan daya sabar jak lar dulu.. aku terpaksa lupakan itu semua sebab matlamat aku kat sini bukan itu semua.. tapi nak segulung Diploma yang aku dan keluargaku idam-idamkan selama ini...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Aku Memohon Padamu Ya Allah Agar Pemudahkanlah Segala Urusan DuniaMU Ini Ya Allah Agar Semuanya Berjalan Dengan Lancar Seperti yang Dirancang.. Amin Ya Rabbal Alamin"



Anda Pelawat Ke

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants